song

Isnin, 20 Ogos 2012

hari raya dahulu ngn sekarang

  Raya dulu lagi seronok kerana dapat duit banyak,tapi sekarang x ..... dahulu mencecah sampai 800 lebih tapi sekarang nak sampai 70 ringgit pun susah .... Raya pertama dapat 42 ringgit , raya kedua dapat 8 ringgit je..... hmmmmm.............. susah ......... Rasa mcm mls je nak raya tapi nak buat cam na dah ............ 

Selasa, 13 Mac 2012

cara membuat layang-layang

Cara Membuat Layang-layang

Beli atau buat sendiri? Berikut cara-cara membuatnya:

Persiapkan bahan-bahan berikut:
1 potong bambu tipis dengan lebar +/- 1 cm dan panjang +/- 80 cm, 1 potong buluh tipis dengan lebar +/- 1 cm dan panjang +/- 40 cm, Kertas tissue atau kertas minyak dengan ukuran sesuai dengan ukuran buluh, gam, Pita gulung agak tebal, Tali atau benang, Gunting, gam, kertas "tracing"
Cara Membuat:
kerjainsendiri.com

Letakkan kedua bambu secara menyilang dengan titik pertemuan pada 1/3 dari bambu yang paling panjang Lekatkan kedua bambu tersebut dengan menggunakan tali atau benang.

Ikat dan hubungkan ke empat hujung buluh dengan tali atau benang hingga membentuk wajik. Sekarang rangka layang-layang selesai, lalu letakkan rangka layang-layang tersebut diatas kertas.

Tanda kertas tersebut sehingga mengikuti bentuk rangka layangan.  Tambahkan ekstra 2.5 cm untuk garis potongan.

Gunting kertas tersebut mengikuti garis potongan.

Lipat bagian kertas kearah belakang, lalu lekatkan pada rangka dengan menggunakan gam.

Untuk keseimbangan, tambahkan ekor dari tali atau benang sepanjang sekitar 1 meter, ikatkan pada bahagian bawah layang-layang. Langkah seterusnya, tambahkan guntingan kertas untuk perhiasan.

Buatlah lubang di tengah-tengah layangan (dekat dengan tempat penyilangan bambu rangka) masukkan tali atau benang layangan ke lubang dan ikatkan ke titik persilangan, lalu ikatkan hujung yang lain ke hujung bawah rangka layangan ( panjang tali sekitar 90cm)
 

Ahad, 11 Mac 2012

6 Aman dlm kenangan

Ini ialah kwn2 saya . Mereka semua kawan baik saya.Ini semasa tahun lepas . Nanti bagaimana nanti lepas (UPSR). Mesti sedih nak berpisah .Ini  mereka. Inilah gambarnya
Dari sebelah kanan (Anis shahiroh,Azrienna,Nur Izaty,saya,Khadijah).
Mereka semua kawan2 saya . Mereka membuat saya gembira terutama izaty. 

Isnin, 19 Disember 2011

Masa Itu Emas

               







Apabila kita menoleh ke   belakang dan mengimbas kembali detik-detik dan saat-saat manis di dalam kehidupan kita kadang-kala kita tersenyum dan menginginkan detik dan saat itu berulang. Tetapi, apakan daya masa yang telah berlalu itu tidak dapat diulang. Apabila kita terfikir detik-detik pahit contohnya kesilapan-kesilapan yang telah kita buat di masa-masa yang lalu, kita sering menginginkan kita kembali ke masa itu untuk memperbetulkan keadaan. Sebagai manusia yang tidak mempunyai kuasa mengawal masa, kita hanya perlu pasrah bahawa yang berlalu itu kenangan, yang sekarang ini kenyataan dan yang akan datang itu kita sandarkan pengharapan.
Seperti mana yang kita tahu dimana-mana terdapatnya perpatah atau falsafah berkaitan dengan masa. Contohnya di Malaysia kita sering mendengar tentang, "Masa itu emas". Kalau orang putih, mereka kata, "time is gold". Betulkah masa itu emas? Bagi saya, masa itu adalah lebih berharga daripada emas. Ini kerana setiap saat yang berlalu tidak akan dapat diulangi dan walaupun dengan emas, kita tidak dapat mengulangi masa-masa yang kita inginkan. Rison Swett memberikan pendapatnya, "Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kelmarin dan kelmarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-lamanya. Sesungguhnya MASA itu sangat berharga dan janganlah mempersia-siakannya. Ada lagu yang bertajuk "Masa muda hanya sekali". Memang benar, sebagai anak-anak muda dan orang-orang yang percaya kita perlu mempergunakan masa itu dengan sebaik mungkin.
masa itu emas